|
Kempen boikot Coca Cola, StarbucksJOHOR BAHRU: Aman Malaysia semalam melancarkan kempen memboikot produk minuman Coca Cola dan rangkaian kedai kopi Amerika Syarikat, Starbucks sebagai bantahan terhadap sokongan dua syarikat berkenaan terhadap rejim Israel.
Penyelarasnya, Datuk Mukhriz Mahathir, berkata kempen itu turut mendapat kerjasama daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Restoran Muslim Malaysia (Presma).
Katanya, kedua-dua syarikat itu secara terang-terangan menyatakan sokongan untuk terus menyalurkan dana kepada rejim Israel untuk membeli senjata bagi meneruskan serangan terhadap Lubnan. "Kami menyarankan kepada semua rakyat Malaysia tidak kira bangsa dan agama untuk bersama-sama memboikot produk Coca Cola dan Starbucks atas sokongan mereka (syarikat) terhadap tindakan Israel di Lubnan sejak kira-kira sebulan lalu," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Bahagian Tebrau di sini, semalam. Mukhriz berkata, kempen memboikot itu cara terbaik untuk rakyat negara ini, menunjukkan rasa marah dan tidak puas hati kepada tindakan Amerika Syarikat yang terus membisu dengan keganasan Israel. "Presma mempunyai kira-kira 6,000 ahli yang terdiri daripada pemilik restoran India Muslim juga bersetuju untuk tidak menjual semua jenis produk Coca Cola. "Masih banyak lagi produk Amerika Syarikat di sini, tetapi kita lihat dua syarikat ini adalah yang utama dan kita berharap tindakan memboikot akan memberikan kesan kepada mereka," katanya. Down with Coca Cola, Up with Pepsi?
|
| flame August 19, 2006 12:04 AM PDT air suam gak best | ||
| danial17 August 15, 2006 04:23 PM PDT mecca cola? lg bes air gas time raya kat kampung2 nun, jumpe brand yg tak penah dgr | ||
| Leave a Comment: |